RUANG LETAK KASUT

Train to be a Sifu

Tuesday, April 1, 2008

MARI BERJIHAD

Assalamualaikum.

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.Saya sendiri telah melihat filem tersebut dan ia menunjukkan tentang Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Filem tersebut sangat berat sebelah dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Pembunuhan orang Islam di seluruh dunia tidak pula ditunjukkan.Oleh kerana pembaca di dalam blog ini menghampiri 500 orang setiap hari, saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.




3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-



1. Minyak Shell


2. Dutch Lady


3. Philips



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.




Wallahu A'lam.

BOIKOT PRODUK BELANDA/NETHERLAND

Assalamualaikum.
Saya ingin memohon kerjasama semua agar mengedarkan senarai produk ini kepada semua rakyat Malaysia agar semua produk dari Belanda ini diboikot.Ini adalah berikutan filem pendek FITNA yang dijaja dan diedar ke seluruh dunia oleh Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bersifat perkauman dan suka menghina Islam.
Saya juga ingin memohon bantuan semua bloggers agar menjadikan Boikot ini satu usaha bersama agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khususnya diberi peringatan dan pendedahan.
Pada pendapat saya ini adalah salah satu Jihad Ekonomi yang boleh kita jalankan kepada musuh Islam yang menghina dan mencaci kesucian agama Islam.Menghina Nabi Muhammad seolah-olah menghina Allah. "Taatlah kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul."

PRODUK DARI BELANDA(Sumber daripada PPIM)
Lego -Kismis
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Planta -Magerin

Lady’s Choice -Magerin
Knorr -Perisa Makanan

Lipton -Teh
Unilever -Syarikat

Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Kinder Bueno -Coklat
Sunlight -Pencuci Pinggan

Dove -Mandian
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Slimfast -Produk Pelangsing
Sunsilk -Shampoo

Fair & Lovely -Produk Kecantikan

Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Philips -Barangan Elektrik

Ing -Insurans
Shell - Minyak


Untuk senarai penuh klik di sini

Dipetik dari blog Dr. Azwan http://drazwan.blogspot.com