RUANG LETAK KASUT

Train to be a Sifu

Friday, June 20, 2008

WHAT ASTRO CAN DO FOR YOUR
PERSONAL INFORMATION!


Mahu Tahu IC anda betul atau tidak! Periksa menggunakan alat decorder anda, kalau data tak keluar, mungkin IC anda palsu...... bahaya tu, boleh dicap PTI.

Read Your Mykad using Astro

The interesting feature of your Astro decoder.“For those of you who have not checked out your MyKad’s in case the NRD made some errors i.e. the religion, you can do so if you have Astro. Go to Channel 800 and select the Menu option to read your MyKad and Credit Card. It will prompt you to slide in your card into Slot#2. You can also read your credit card. "

Thursday, June 19, 2008

MEMANJANGKAN HAYAT BULP LAMPU MOTORSIKAL

Harga minyak naik mendadak, harga barang makanan dan keperluan kian membuat kita semput. Ungkapan, "ubah cara hidup" makin popular dan kita dengar saban hari.
Justeru ini satu lagi tips yang baru aku temui hasil dari penelitian dan percubaan tidak rasmi, kaedah untuk memanjangkan jangka hayat bulb/mentol lampu motorsikal. Al-maklumlah bila harga naik tentu semakin ramai yang menggunakan motorsikal untuk urusan seharian. Harganya mungkin tidaklah banyak mana tetapi kadang-kadang kos untuk menukar termasuk masa yang diambil untuk ke kedai motorsikal mungkin membosankan.
Caranya mudah yang teramat, apabila anda memandu waktu siang pasangkan lampu tinggi sebaliknya lampu rendah pada waktu malam. Kebanyakan orang tidak ambil pusing untuk menukar lampu justeru mentol menerima beban sepanjang masa motorsikal digunakan menyebabkannya mudah terbakar.
Percaya atau tidak aku sudah gunakan mentol lampu motorsikal aku selama lebih 2 tahun. Cubalah.