RUANG LETAK KASUT

Train to be a Sifu

Friday, January 18, 2008

WHY "UntrainedSifu"? CAUSE & EFFECT

Kenapa wording ini jadi pilihan, ikuti sebab dan akibatnya......
SEBAB I - Guru sandaran tidak terlatih
First and foremost, I used to be a temporary teacher who was never been trained to be a teacher, dengan kata lain aku ini dulunya seorang guru sandaran yang tidak pernah dilatih untuk menjadi sifu. Hantar permohonan kepada JPNS, tup... tup... dapat tawaran, maka jadilah aku seorang guru bergelar Sigu' di sebuah sekolah menengah.
Meskipun saya boleh dikatakan seorang guru yang cukup dikenali (tapi bukan popular) juga di kalangan pelajar, namun timbul konflik dalam diri sepanjang aku menjadi Sigu', betul ke cara aku mengajau ni? Ilmu pedagogi dan sebagainya aku bukannya reti sangat. Aku dikategorikan seorang guru yang cukup garang, ramai juga pelajar aku yang pernah merasa penangan lempang dariku. Nasib baik tak ada ibubapa yang datang bawa golok ke sekolah, malah ramai yang datang jumpa aku dan minta supaya anak mereka aku belasah jika tak dengar cakap atau malas belajar. Meskipun mereka tahu aku ni cuma guru sandaran @UntrainedSifu, bagus kan. Itulah uniknya the UntrainedSifu.
AKIBAT I - Aku mengajar ikut cara guru-guru aku dulu mengajar, tak da skill - maksud aku, aku yang tak ada skill bukan guru aku dulu. Dalam pada mengajau tu, aku pula masih sibuk dengan business aku. Masa tu business boleh tahan juga, boleh masuk sampai RM300 (tiga ratus tau, bukan tiga puluh) sehari, satu angka yang cukup lumayan bagi orang luar bandar macam aku. Business apa aku buat? Aku membekalkan pekerja kepada beberapa buah kilang di Semenanjung, habis budak-budak lepasan sekolah yang masih dok menganggur di kampung aku aku kumpul dan latih untuk merantau serta berdikari lepas tu hantar dorang ke semenanjung bekerja meskipun aku never been train to be an unemployed trainer (kini anda dah mula memahami kenapa 'UntrainedSifu' jadi pilihan kan). Tiap bulan aku dapat komisyen dari kilang yang menggunakan perkhidmatan aku, ini berjalan selama 2 tahun, goyang kaki lo.. luit masuk. Business pula ada dua tiga termasuklah buat video shooting dan beberapa business lain sama ada yang rasmi dan tak rasmi, berlesen atau tak berlesen.
Di sekolah aku kurang tumpuan, AKIBATNYA..... aku diletakkan dalam perhatian, tapi aku pun bukan tak sedaq, my sixth sense tell me bahawa aku sedang diperhati, akhirnya aku letih sendiri, aku buat keputusan; sebelum aku diarahkan berhenti baiklah aku berhenti sendiri, lalu secara gentlement aku buat perletakan jawatan.
Tapi yang syok sebab bila aku di KL aku terserempak beberapa orang bekas murid aku yang menyapa aku dan berkata, "Terima kasih sigu' kerana sigu'lah saya berada di sini".... selalunya di sini bermaksud menara gading - UM, USM dan UKM dan berbagai U lagi, aku pun jawab tahniah, "Ha... kan sebab itulah dulu sigu suruh belajar rajin-rajin", dalam hati; "aku ni Untrained lah".
Ada banyak lagi sebab dan akibat, lain kali di post lagi.....