RUANG LETAK KASUT

Train to be a Sifu

Tuesday, April 1, 2008

MARI BERJIHAD

Assalamualaikum.

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.Saya sendiri telah melihat filem tersebut dan ia menunjukkan tentang Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Filem tersebut sangat berat sebelah dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Pembunuhan orang Islam di seluruh dunia tidak pula ditunjukkan.Oleh kerana pembaca di dalam blog ini menghampiri 500 orang setiap hari, saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.




3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-



1. Minyak Shell


2. Dutch Lady


3. Philips



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.




Wallahu A'lam.

No comments: