RUANG LETAK KASUT

Train to be a Sifu

Friday, June 20, 2008

WHAT ASTRO CAN DO FOR YOUR
PERSONAL INFORMATION!


Mahu Tahu IC anda betul atau tidak! Periksa menggunakan alat decorder anda, kalau data tak keluar, mungkin IC anda palsu...... bahaya tu, boleh dicap PTI.

Read Your Mykad using Astro

The interesting feature of your Astro decoder.“For those of you who have not checked out your MyKad’s in case the NRD made some errors i.e. the religion, you can do so if you have Astro. Go to Channel 800 and select the Menu option to read your MyKad and Credit Card. It will prompt you to slide in your card into Slot#2. You can also read your credit card. "

Thursday, June 19, 2008

MEMANJANGKAN HAYAT BULP LAMPU MOTORSIKAL

Harga minyak naik mendadak, harga barang makanan dan keperluan kian membuat kita semput. Ungkapan, "ubah cara hidup" makin popular dan kita dengar saban hari.
Justeru ini satu lagi tips yang baru aku temui hasil dari penelitian dan percubaan tidak rasmi, kaedah untuk memanjangkan jangka hayat bulb/mentol lampu motorsikal. Al-maklumlah bila harga naik tentu semakin ramai yang menggunakan motorsikal untuk urusan seharian. Harganya mungkin tidaklah banyak mana tetapi kadang-kadang kos untuk menukar termasuk masa yang diambil untuk ke kedai motorsikal mungkin membosankan.
Caranya mudah yang teramat, apabila anda memandu waktu siang pasangkan lampu tinggi sebaliknya lampu rendah pada waktu malam. Kebanyakan orang tidak ambil pusing untuk menukar lampu justeru mentol menerima beban sepanjang masa motorsikal digunakan menyebabkannya mudah terbakar.
Percaya atau tidak aku sudah gunakan mentol lampu motorsikal aku selama lebih 2 tahun. Cubalah.

Tuesday, April 1, 2008

MARI BERJIHAD

Assalamualaikum.

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.Saya sendiri telah melihat filem tersebut dan ia menunjukkan tentang Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Filem tersebut sangat berat sebelah dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Pembunuhan orang Islam di seluruh dunia tidak pula ditunjukkan.Oleh kerana pembaca di dalam blog ini menghampiri 500 orang setiap hari, saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.




3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-



1. Minyak Shell


2. Dutch Lady


3. Philips



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.




Wallahu A'lam.

BOIKOT PRODUK BELANDA/NETHERLAND

Assalamualaikum.
Saya ingin memohon kerjasama semua agar mengedarkan senarai produk ini kepada semua rakyat Malaysia agar semua produk dari Belanda ini diboikot.Ini adalah berikutan filem pendek FITNA yang dijaja dan diedar ke seluruh dunia oleh Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bersifat perkauman dan suka menghina Islam.
Saya juga ingin memohon bantuan semua bloggers agar menjadikan Boikot ini satu usaha bersama agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khususnya diberi peringatan dan pendedahan.
Pada pendapat saya ini adalah salah satu Jihad Ekonomi yang boleh kita jalankan kepada musuh Islam yang menghina dan mencaci kesucian agama Islam.Menghina Nabi Muhammad seolah-olah menghina Allah. "Taatlah kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul."

PRODUK DARI BELANDA(Sumber daripada PPIM)
Lego -Kismis
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Planta -Magerin

Lady’s Choice -Magerin
Knorr -Perisa Makanan

Lipton -Teh
Unilever -Syarikat

Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Kinder Bueno -Coklat
Sunlight -Pencuci Pinggan

Dove -Mandian
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Slimfast -Produk Pelangsing
Sunsilk -Shampoo

Fair & Lovely -Produk Kecantikan

Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Philips -Barangan Elektrik

Ing -Insurans
Shell - Minyak


Untuk senarai penuh klik di sini

Dipetik dari blog Dr. Azwan http://drazwan.blogspot.com

Thursday, February 7, 2008

Lagi Tip Untuk Handphone Anda

LIHAT VERSI TELEFON ANDA

TIP NOMBOR WAHID: Tip ni mungkin dah ramai yang tau, tapi tak seramai yang masih tak tau coz never been train before. Wanna know about your handphone version, adakah handphone anda ori atau tempelan (tiruan), mudah untuk mengetahuinya, tekan *#0000# skrin anda akan memaparkan versi telefon anda, model, hayat penggunaan bagi telefon terpakai serta tarikh ia dikeluarkan oleh pihak pengilang. So, selepas ini Tipah tidak akan tertipu lagi oleh penjual telefon tentang hayat telefon anda. Kalau semua maklumat itu tidak terpapar di skrin telefon anda, maknanya telefon anda itu tak ori kot, tip ini juga berguna untuk NOKIA saja. Model lain wa untrained. Jadi belilah telefon NOKIA untuk menguntungkan pemilik dan pemegang sahamnya sebab aku tak dilatih untuk berkongsi keuntungan dengan mereka.
CEGAH KECURIAN TELEFON BIMBIT
TIP NOMBOR ITHENIN: Tekan butang *#06# lihat apa yang jadi? Tak tekan mana nak tau. Jika anda menekan butang itu anda akan melihat senarai 15 angka keramat. That's your handphone's serial number. Did you know that everyone can fly..... opss tersasul, everyone can play the role to prevent handphone from stolen, atau setidaknya membuat pencuri telefon gigit jari. Caranya, simpan serial number telefon anda di tempat yang selamat (Rumah si Selamat tidak semestinya selamat - untrainedsifu). Jika telefon anda dicuri atau tercicir, segera hubungi telco (Celcom, Digi, Maxis atau apa-apa aje janji anda call telco yang betul) dan berikan serial number tadi untuk mereka menyekat fungsi telefon bimbit tersebut. If everyone thus lost their handphone do the same action, nescaya tidak akan ada lagi orang yang mahu mencuri telefon bimbit, sebab telefon itu hanya berfungsi sebagai pembaling mangga (paddempe' pao kata orang bugis) selepas disekat oleh TELCO. Telefon anda tanggungjawab anda, your has been trained! but no one trained me.

Saturday, January 19, 2008

THE FEATURE OF YOUR HANDPHONE WHICH IS UNTRAINED

Some things which you can do with your handphone
Your mobile phone can be actually being a life saver or an emergency tool for survival. Check out the things that you can do with it.
Telefon bimbit anda sebenarnya boleh dijadikan alat bantu untuk menyelamat nyawa atau sebagai peralatan ketika dalam kecemasan untuk kesinambungan hidup. Mari kita lihat apa yang kita boleh lakukan dengannya.



Untrained 1 – Emergency/Kecemasan

The emergency number worldwide for mobile phone is 112 adalah nombor kecemasan sejagat (international) yang digunakan untuk panggilan dari telefon bimbit.
Jika anda berada di luar kawasan liputan sekalipun, anda masih boleh dihubungkan dengan Unit Panggilan Kecemasan, dengan menekan butang 112 telefon bimbit anda akan mengesan sebarang isyarat rangkaian telefon yang terdekat.
Percaya atau tidak bahawa anda boleh mendail nombor ini walaupun papan kekunci dikunci.



Untrained 11 – Buka Kunci Kereta guna Handphone/Unlocked a Car Over a Cellphone
This may come in handy someday, mungkin anda sedang berada di pejabat di tingkat 33 ketika anda sedar bahawa fail untuk mesyuarat tertinggal di dalam kereta. Anda meluru turun ke bahagian basement untuk mendapatkan kereta anda, oh no! you forgot you key car in the office. Macam mana boleh lupa. Nak naik semula? Tinggi woo.. lagipun mesyuarat akan bermula beberapa minit lagi….


Relax, stay calm, cuba hubungi telefon bimbit kawan anda yang berada di pejabat dan minta dia menekan butang buka/unlock pada alat kawalan jauh kereta anda. Pastikan telefon anda berada dalam jarak lingkungan satu kaki dari antenna radio kereta atau pintu kereta anda. Ammazingly, if you make it properly your will hear the bib..bib… sound from your car indicated that the car was open. Gunakan cara yang sama untuk mengunci semula kereta anda.


Dalam hal ini, jarak bukan penghalang, anda mungkin berada beratus batu jauhnya jika anda ada seseorang yang boleh mencapai alat kawalan jauh anda dan memiliki telefon bimbit, anda mampu melakukannya.


Bagaimana ia boleh berlaku, jangan tanya saya sebab saya tak dilatih untuk mengetahuinya. Namun pada hemat saya, ia berlaku sebab signal dari remote control dihantar melalui frequency radio telefon bimbit kawan anda dan menghantar isyarat ke telefon anda, isyarat itu kemudian dikesan oleh system penerima isyarat kekunci dalam kereta dari telefon bimbit anda yang diletakkan dalam lingkungan satu kaki tadi. Amacam anda setuju, terserah ini pendapat untrainedsifu.


CUBALAH. Aku dah melakukannya beberapa kali tanpa latihan dari sesiapa and it works fine!



Untrained III – Kuasa Bateri Tersembunyi/Hidden Battery Power
Anda berada di kawasan yang tiada punca elektrik, bateri telefon pula dah kong (lemah la tu) atau dengan kata mudah tiada alat pengecas lah. Kang anda cakap pula boleh guna kit pengecas kereta.


Ikuti langkah berikut: tekan butang *3370# Telefon anda akan dihidupkan semula dengan bekalan bateri lebih kurang 50%. Lepas itu anda boleh gunakan telefon anda seperti biasa, tapi kali ini cuba jimatkan bateri sikit. Kalau habis cas lagi pilihan terbaik ialah........... jadikan telefon anda sebagai paddempe’ asu jangeng/pembaling anjing gila, dengan itu anda telah menambah satu lagi kegunaan bagi telefon bimbit.


Kuasa tersembunyi ini akan diganti apabila anda mengecas semula telefon anda kelak. TAPI ini biasanya berguna untuk pemilik telefon bimbit NOKIA saja, untuk jenama lain, I'd never been trained.

Nak lagi…… rajin-rajinlah buka blog saya ini.

Friday, January 18, 2008

WHY "UntrainedSifu"? CAUSE & EFFECT

Kenapa wording ini jadi pilihan, ikuti sebab dan akibatnya......
SEBAB I - Guru sandaran tidak terlatih
First and foremost, I used to be a temporary teacher who was never been trained to be a teacher, dengan kata lain aku ini dulunya seorang guru sandaran yang tidak pernah dilatih untuk menjadi sifu. Hantar permohonan kepada JPNS, tup... tup... dapat tawaran, maka jadilah aku seorang guru bergelar Sigu' di sebuah sekolah menengah.
Meskipun saya boleh dikatakan seorang guru yang cukup dikenali (tapi bukan popular) juga di kalangan pelajar, namun timbul konflik dalam diri sepanjang aku menjadi Sigu', betul ke cara aku mengajau ni? Ilmu pedagogi dan sebagainya aku bukannya reti sangat. Aku dikategorikan seorang guru yang cukup garang, ramai juga pelajar aku yang pernah merasa penangan lempang dariku. Nasib baik tak ada ibubapa yang datang bawa golok ke sekolah, malah ramai yang datang jumpa aku dan minta supaya anak mereka aku belasah jika tak dengar cakap atau malas belajar. Meskipun mereka tahu aku ni cuma guru sandaran @UntrainedSifu, bagus kan. Itulah uniknya the UntrainedSifu.
AKIBAT I - Aku mengajar ikut cara guru-guru aku dulu mengajar, tak da skill - maksud aku, aku yang tak ada skill bukan guru aku dulu. Dalam pada mengajau tu, aku pula masih sibuk dengan business aku. Masa tu business boleh tahan juga, boleh masuk sampai RM300 (tiga ratus tau, bukan tiga puluh) sehari, satu angka yang cukup lumayan bagi orang luar bandar macam aku. Business apa aku buat? Aku membekalkan pekerja kepada beberapa buah kilang di Semenanjung, habis budak-budak lepasan sekolah yang masih dok menganggur di kampung aku aku kumpul dan latih untuk merantau serta berdikari lepas tu hantar dorang ke semenanjung bekerja meskipun aku never been train to be an unemployed trainer (kini anda dah mula memahami kenapa 'UntrainedSifu' jadi pilihan kan). Tiap bulan aku dapat komisyen dari kilang yang menggunakan perkhidmatan aku, ini berjalan selama 2 tahun, goyang kaki lo.. luit masuk. Business pula ada dua tiga termasuklah buat video shooting dan beberapa business lain sama ada yang rasmi dan tak rasmi, berlesen atau tak berlesen.
Di sekolah aku kurang tumpuan, AKIBATNYA..... aku diletakkan dalam perhatian, tapi aku pun bukan tak sedaq, my sixth sense tell me bahawa aku sedang diperhati, akhirnya aku letih sendiri, aku buat keputusan; sebelum aku diarahkan berhenti baiklah aku berhenti sendiri, lalu secara gentlement aku buat perletakan jawatan.
Tapi yang syok sebab bila aku di KL aku terserempak beberapa orang bekas murid aku yang menyapa aku dan berkata, "Terima kasih sigu' kerana sigu'lah saya berada di sini".... selalunya di sini bermaksud menara gading - UM, USM dan UKM dan berbagai U lagi, aku pun jawab tahniah, "Ha... kan sebab itulah dulu sigu suruh belajar rajin-rajin", dalam hati; "aku ni Untrained lah".
Ada banyak lagi sebab dan akibat, lain kali di post lagi.....

Wednesday, January 9, 2008

Menghayati Kalimah Allah





Pada bulan August 2007 yang lepas saya telah meluangkan masa beberapa malam membawa keluarga ke suatu majlis yang penuh makna dan keberkatan: MAJLIS TILAWAH ALQURAN PERINGKAT ANTARABNGSA yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur.